Polisi Pemulangan Bayaran dan Deposit

Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDRAT)

1. Prinsip Utama Polisi

1.1. Caj Pendaftaran adalah hangus dan tidak boleh dikembalikan. Caj ini menampung kos pentadbiran, pemeriksaan awal dan penyelenggaraan sistem KUDRAT.

1.2. Deposit kerja / bayaran kerja boleh dipulangkan mengikut kategori (penuh, pro-rata, tiada) seperti perincian di bawah.

1.3. Polisi ini bertujuan memastikan ketelusan, kebolehjejakkan dan perlindungan kos sebenar yang telah ditanggung oleh KUDR.

2. Definisi Ringkas

  • Caj Pendaftaran: Bayaran tetap yang dikenakan setelah KUDR mengesahkan permohonan untuk menampung kos pentadbiran; tidak boleh dikembalikan dalam apa jua keadaan.
  • Caj Perkhidmatan: Bayaran yang dikenakan bagi menggunapakai perkhidmatan KUDR seperti yang dinyatakan dalam T&C perkhidmatan.
  • Deposit / Bayaran Kerja: Amaun yang dibayar untuk menampung kos pelaksanaan kerja (UDM, TMP, kontraktor). Boleh dipulangkan mengikut syarat.
  • Tarikh Pembatalan: Tarikh KUDR menerima notis pembatalan dari pemohon atau tarikh notis rasmi penolakan daripada Pihak Berkuasa Masing-masing (PBM).

3. Kategori Pemulangan Bayaran dan Syarat

Kategori Syarat Pencetus Amaun Pemulangan Bayaran Nota
Caj Pendaftaran Semua situasi 0% (Hangus) Yuran ini tidak dikembalikan walaupun permohonan ditolak atau projek dibatalkan.
Penuh Permohonan ditolak sebelum sebarang kerja lapangan bermula; pembatalan oleh pihak berkuasa tanpa kesalahan pemohon. 100% daripada Deposit/Bayaran Kerja Tolak Yuran Permohonan jika tidak dibayar berasingan.
Pro-rata Kerja bermula tetapi belum selesai pada tarikh pembatalan. (P - C) mengikut formula KUDR menolak Yuran Permohonan (jika tidak dibayar berasingan) dan kos sebenar yang telah dibelanjakan (C).
Tiada Pemulangan Bayaran Kerja telah selesai; pembatalan oleh pemohon selepas kerja selesai; kos ≥ jumlah deposit. 0% Jika kos melebihi deposit, pemohon tidak berhak pemulangan bayaran sebaliknya bertanggungan untuk menjelaskan kepada KUDR jumlah kos yang tertunggak.

4. Formula Pengiraan Pemulangan Bayaran Pro-rata

$$R = P - C$$

Di mana:

  • R: Amaun Pemulangan Bayaran (Refund Amount)
  • P: Jumlah Deposit / Bayaran Kerja yang telah dibayar
  • C: Kos sebenar yang telah ditanggung oleh KUDR (termasuk kos pihak ketiga) sehingga tarikh pembatalan

5. Tanggungjawab Pemohon

5.1. Pemohon bertanggungjawab untuk mengemukakan maklumat akaun bank yang betul dan sah bagi tujuan pemulangan bayaran.

5.2. Pemohon mesti memastikan semua tuntutan atau notis pembatalan dihantar melalui saluran rasmi yang diiktiraf oleh sistem KUDRAT.

6. Proses Mengemukakan Tuntutan Pemulangan

6.1. Pemohon mesti mengemukakan permohonan rasmi bersama dokumen sokongan (bukti pembayaran, surat penolakan/pembatalan) dalam tempoh masa yang ditetapkan.

6.2. Kegagalan mengemukakan dokumen lengkap boleh menyebabkan kelewatan atau penolakan permohonan pemulangan.

7. Aliran Kerja Dalaman

  • KUDR Operasi: Semak kelengkapan, sahkan tarikh mula kerja, dan sediakan laporan teknikal ringkas.
  • KUDR Kewangan: Kira kos sebenar, sediakan pengiraan pemulangan bayaran, proses pembayaran dan simpan rekod audit.

8. Notifikasi dan Komunikasi

8.1. Status permohonan (Diterima / Ditolak / Dalam Proses) akan dimaklumkan kepada pemohon dalam 7 Hari Bekerja selepas setiap peringkat keputusan penting.

8.2. Template notifikasi disediakan yang mengandungi keputusan, amaun, tarikh anggaran pembayaran, atau alasan sekiranya permohonan ditolak.

9. Pertikaian dan Rayuan

9.1. Jika pemohon tidak bersetuju dengan pengiraan kos, pemohon boleh memfailkan rayuan bertulis dalam 14 Hari Bekerja selepas notis keputusan dikeluarkan.

9.2. Rayuan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pelaburan & Kewangan (JKPK) KUDR untuk pertimbangan sewajarnya.

9.3. KUDR akan memaklumkan status atau keputusan rayuan tersebut sebaik sahaja mesyuarat JKPK selesai bersidang dan keputusan muktamad diperolehi.

9.4. Jika masih tidak mencapai persetujuan, penyelesaian pertikaian adalah tertakluk kepada bidang kuasa undang-undang Malaysia.

10. Ketelusan dan Rekod

10.1. Semua pemulangan bayaran mesti disokong oleh invois dan bukti pembayaran yang sah; KUDR mengekalkan semua rekod ini secara digital dalam sistem KUDRAT.

10.2. KUDR berhak menolak atau menangguhkan pemprosesan jika dokumen didapati tidak lengkap atau terdapat kecurigaan penipuan unsur transaksi.

11. Contoh Kes Praktikal (Ringkas)

Kes Situasi Am Pengiraan / Status Pemulangan Bayaran
A Pemohon bayar RM1,000 (Yuran Permohonan RM100 + Deposit RM900). Permohonan ditolak sebelum kerja bermula. RM900 dipulangkan.
(Yuran Permohonan RM100 hangus)
B Pemohon bayar RM5,000 (Yuran RM200 + Deposit RM4,800). Kerja bermula; kos sebenar sehingga pembatalan RM1,800. RM3,000 dipulangkan.
(RM4,800 - RM1,800 = RM3,000)
C Pemohon bayar RM2,000; kos ditanggung projek telah melebihi atau menyamai RM2,200. RM0 (Tiada pemulangan).
(Yuran Permohonan hangus)