Koridor Utiliti Darul Ridzuan Sdn. Bhd. (KUDR) merupakan One Stop Agency (OSA) atau Agensi Sehenti bagi industri pemasangan infrastruktur utiliti di Negeri Perak. KUDR berperanan dalam mengumpul, menyelaras dan membangunkan pangkalan data utiliti negeri, di samping menyelaras keseluruhan prosedur permohonan berkaitan pembangunan, penyelenggaraan dan pengalihan utiliti di kawasan jalan raya sedia ada (Brownfield) serta jalan raya baharu (Greenfield).
Pengoperasian KUDR merangkumi proses permohonan bermula daripada peringkat kelulusan izin lalu sehingga ke urusan pemulangan wang deposit keselamatan. Skop perkhidmatan ini turut meliputi kerja-kerja penyediaan Utility Detection Mapping (UDM), Traffic Management Plan (TMP) dan As-Built Plan sebagai sebahagian daripada keperluan penyelarasan dan pelaksanaan kerja utiliti.
KUDR berhasrat menjadi sebuah Agensi Penyelaras Koridor Utiliti Negeri Perak yang efisien dan efektif dalam mengumpul data utiliti yang tepat, bersepadu dan komprehensif melalui perkhidmatan cemerlang, telus dan jujur serta memberi nilai tambah yang tinggi kepada semua pemegang taruh industri.
Koridor Utiliti Darul Ridzuan Sdn. Bhd. (KUDR) komited untuk menjadi peneraju utama dalam penyelarasan koridor utiliti di Negeri Perak melalui pendekatan yang berteraskan inovasi, pemanfaatan teknologi semasa serta kerjasama strategik yang mantap bersama semua pemegang taruh industri.
Sebagai OSA, KUDR beriltizam untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, cekap, telus dan berintegriti dalam mengurus, menyelaras dan memperkemas keseluruhan proses permohonan serta pelaksanaan kerja utiliti. Komitmen ini turut merangkumi usaha berterusan untuk membangunkan pangkalan data utiliti negeri yang tepat, bersepadu dan komprehensif, bagi menyokong proses perancangan, pelaksanaan pembangunan serta pembuatan keputusan yang lebih berkesan. Melalui peranan ini, KUDR berhasrat untuk mewujudkan nilai tambah yang mampan kepada agensi kerajaan, penyedia utiliti, pemain industri dan masyarakat secara keseluruhan.
Bagi merealisasikan aspirasi tersebut, KUDR memberi tumpuan kepada matlamat berikut: